google-site-verification: googlef5bfa2421d00dca0.html AULIA ADVERTISING: Kenalilah Air Kencing Anda..

Senin, 30 Desember 2013

Kenalilah Air Kencing Anda..

Air Kencing adalah proses dalam tubuh untuk membuang lebihan air dan sisa dalam darah melalui buah pinggang. Warna air kencing kadang-kadang berubah sesuai dengan proses yang terjadi di dalam tubuh. Umumnya, urin yang sihat berwarna kuning cerah hingga kuning coklat. Jika perubahan warna air kencing terjadi sementara (kurang dari 24 jam) dan kembali ke warna kuning, itu normal. Namun kalau perubahan warna terjadi lebih dari sehari, mungkin ada masalah dengan kesihatan anda.

Berikut adalah warna air kencing anda yang harus diketahui dan penyebabnya:

  • Kuning cerah atau terang: Ini adalah warna air kencing ideal yang menandakan tubuh cukup air yang diperlukannya.
  • Kuning coklat: Warna ini menandakan tubuh anda kurang air. Boleh jadi, anda kurang minum sementara banyak air yang keluar melalui peluh yang berlebihan. Anda mengalami hidrasi tahap ringan. Cara untuk mengatasinya anda banyak minum air.
  • Kuning gelap: Warna ini berkemungkinan menunjukkan ada masalah pada organ liver atau hati. Mungkin terjadi kerana hepatitis atau masalah hati yang lain.
  • Putih susu: Ini menunjukkan anda mengalami jangkitan di saluran kencing atau terdapat batu karangl.
  • Merah atau pink: Penyebab air kencing berwarna seperti ini adalah mengambil makanan dengan pewarna merah. Tapi, boleh jadi  adanya campuran dengan darah. Sebaiknya air kencing yangwarna merah perlu pemeriksaan lanjut di hospital. Penyebabnya mungkin buah pinggang, sukan, atau aerobik yang semua itu boleh membuat kerosakan sel darah merah.
  • Oren: kemerahan warna oren pada air kencing lebih disebabkan oleh pengambilan ubat atau makan lobak merah.
  • Biru atau hijau: Banyak kes air kencing berwarna biru atau hijau kerana pengambilan ubat yang berkaitan dengan saluran air kencing. Atau air kencing warna ini terjadi dari pengambilan makanan dengan pewarna tersebut atau makan asparagus.
Diolah semula dari Times of India
Kalau nak tau khasiat air kencing boleh klik sini.
Solusinya Lihat Postingan Berikutnya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar